Kerjaya kelab Ricardo_Rodríguez

Zürich

Rodríguez memulakan kariernya sebagai pemain akademi FC Schwamendingen pada tahun 2001 sebelum menyertai kelab akademi FC Zürich semasa berusia 11 tahun pada tahun 2002. Beliau dimasukkan ke dalam skuad senior pada tahun 2009 iaitu ketika berumur 16 tahun. Beliau diletakkan ke bangku simpanan semasa pasukannya tunduk kepada Maribor dalam perlawanan pertama kelayakan Liga Juara-Juara pada 29 Julai 2009.[7]

Beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Zürich ketika beliau berusia 17 tahun dalam perlawanan Liga Super Switzerland pada 21 Mac 2010 dengan menggantikan Hannu Tihinen pada separuh masa pertama menentang Bellinzona.[8] Beliau tampil dalam aksi Pertembungan Zürich iaitu menentang kelab Grasshoppers pada 5 April dengan beraksi sehingga wisel penamat dan perlawanan tersebut berkesudahan kemenangan 3-2 berpihak kepada Zürich.[9]

Beliau beraksi dalam perlawanan seterusnya dengan diletakkan ke kesebelasan utama pasukan ketika perlawanan pembukaan Liga Super Switzerland pada 20 Julai 2010 semasa menentang musuh tradisi, Basel.[10] Pada 28 April 2011, beliau telah menjaringkan gol sulungnya untuk Zürich dengan menjaringkan gol pendahuluan ketika menentang Neuchâtel Xamax.[11]

Rodríguez melakukan penampilan sulungnya di pentas Eropah ketika beraksi dalam perlawanan pertama kelayakan Liga Juara-Juara menentang Standard Liège pada 27 Julai 2011.[12][13] Beliau beraksi dari awal permainan sehingga wisel penamat ditiupka. Dalam perlawanan tersebut, beliau berhasil melakukan hantaran kepada rakan sepasukannya dari akademi, Admir Mehmedi untuk menjaringkan gol dan perlawanan berkesudahan seri 1-1.[14] Dalam perlawanan timbang balik, Rodríguez terlepas untuk menjaringkan gol dari jarak yang dekat dengan gawang pasukan lawan namun Zürich akhirnya menang 1–0 dan menempah tiket ke pusingan play-off untuk menentang Bayern Munich.[15] Beliau beraksi dalam kedua-dua perlawanan play-off ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara menentang Bayern[16][17] tetapi kelab Switzerland tersebut tumbang 0-3 menerusi agregat dan akan beraksi di Liga Europa.[18]

Pada 26 Oktober 2011, Rodríguez menjaringkan gol keduanya untuk kelab ketika menentang FC Thun.[19] Beliau beraksi dalam perlawanan terakhirnya untuk Zürich ketika perlawanan terakhir liga sebelum cuti musim sejuk iaitu pada 10 Disember ketika menentang FC Sion.[20] Pada 11 Januari 2012, pihak rasmi Zürich mengumumkan bahawa pihaknya telah menerima bidaan ke atas Rodríguez oleh kelab Jerman, Wolfsburg.[21] Walaupun dijual pada pertengahan musim, Rodríguez tetap merebut hati dalam kalangan peminat dengan diundi sebagai Pemain Terbaik Musim oleh para peminat dengan menewaskan Oliver Buff dan Pedro Henrique.

Wolfsburg

VfL Wolfsburg telah membawa masuk Rodríguez yang berumur 19 tahun pada 31 Januari 2012 dengan nilai £7.5 juta. Beliau kemudiannya menandatangani kontrak selama empat tahun setengah.[22] Dengan pantasnya, beliau segera diletakkan ke dalam barisan kesebelasan utama Wolfsburg bagi menghadapi perlawanan Bundesliga pertama untuk Rodríguez semasa menentang 1. FC Köln pada 1 Februari. Rodríguez seterusnya beraksi di dalam setiap perlawanan Wolfsburg pada musim tersebut tanpa digantikan oleh pemain lain kerana persembahannya telah menambat hati pengurus Felix Magath.

Sepanjang sepuluh perlawanan pertama liga dalam kempen seterusnya, Rodríguez sekali tampil beraksi untuk beraksi dengan diletakkan ke dalam kesebelasan utama dalam lapan daripada sepuluh perlawanan tersebut.[23] Setelah Magath dipecat berikutan beberapa keputusan yang menghambarkan, posisi bek kiri telah diisi oleh Marcel Schäfer yang lebih berpengalaman ketika di bawah kendalian jurulatih sementara, Lorenz-Günther Köstner. Apabila Dieter Hecking dilantik sebagai pengurus baru, Rodríguez meraih semula posisinya di dalam perancangan pasukan.

Musim 2013–14

Pada 9 November 2013, beliau menjaringkan gol sulungnya untuk Wolfsburg menerusi tendangan sepakan percuma dalam perlawanan Bundesliga menentang Borussia Dortmund.[24] Perlawanan berkesudahan kemenangan 2–1 berpihak kepada Wolfsburg.[25] Beliau menjaringkan gol keduanya untuk Wolfsburg melalui tendangan penalti ketika menentang Hamburg pada 29 November yang berkesudahan seri 1-1.[26] Beliau menjaringkan gol pembukaan perlawanan Bundesliga pada 14 Disember dengan merembat bola lencong ke arah gawang pasukan lawan sekali gus menewaskan penjaga gol Sven Ulreich. Wolfsburg akhirnya menang 3–1.[27]

Beliau mengakhiri musim 2013–14 dengan menjaringkan lima gol serta mencipta sembilan bantuan gol.[28] Beliau gagal untuk tampil dalam Pasukan Terbaik Bundesliga bagi musim tersebut telah dipilih sebagai Pemain Pertahanan Terbaik bagi kempen 2013–14.[29] Sembilan bantuan jaringan gol oleh Rodríguez menandakan beliau telah mencipta banyak gol berbanding mana-mana pemain pertahanan di Eropah.[30] Persembahannya yang menakjubkan pada musim tersebut di mana beliau telah mencapai 2.3 hantaran pada setiap perlawanan dan berjaya menyamai Andrea Pirlo serta 2.6 gelecek yang berjaya melepasi pemain lawan. Statistik tersebut menunjukkan bahawa Rodríguez menggelecek lebih berjaya berbanding Cristiano Ronaldo, yang merupakan penyandang Ballon d'Or.[31]

Musim 2014–15

Beliau menjaringkan gol pertamanya di dalam perlawanan Eropah untuk Wolfsburg pada 14 September 2014 menerusi sepakan percuma. Beliau menebus kesilapannya pada sebelum itu dengan melakukan gol sendiri ketika perlawanan menentang wakil Liga Perdana Inggeris, Everton.[32] Tiga hari seterusnya, Rodriguez menjaringkan dua gol untuk Wolfsburg, di mana salah satunya menerusi tendangan voli daripada sepakan penjuru oleh Kevin De Bruyne ketika menumbangkan Bayer Leverkusen 4–1.[33] Beliau menjaringkan gol ketiganya dalam saingan Bundesliga ketika menentang Werder Bremen pada 27 September.[34]

Pada Oktober 2014, Rodríguez terpaksa berehat selama beberapa minggu setelah mengalami masalah pada tempurung lutut, tendon dan pahanya.[35] Pada 31 Oktober, ejennya iaitu Roger Wittman, mengesahkan Rodríguez dan Wolfsburg sedang mengadakan perbincangan untuk melanjutkan kontraknya sehingga tahun 2016.[36] Rodríguez telah menjaringkan dua gol untuk Wolfsburg ketika menewaskan Lille 3-0 di tempat lawan pada 11 Disember sekali gus mengesahkan kemaraan pasukannya ke peringkat kalah mati Liga Europa.[37] Pada Januari 2015, beliau menandantangani kontrak baru bersama Wolfsburg yang meletakkannya di sana sehingga Jun 2019.[38] Beliau menjaringkan gol tunggal perlawanan dari kotak penalti pada 7 April semasa Wolfsburg menundukkan SC Freiburg untuk melangkah ke peringkat separuh akhir DFB-Pokal.[39] Dalam aksi final piala berprestij itu pada 30 Mei, beliau beraksi sehingga wisel penamat ditiupkan yang menyaksikan Wolfsburg muncul sebagai juara dengan mengalahkan Borussia Dortmund 3–1.[40]

Musim 2015–16

Rodríguez beraksi sehingga 90 minit permainan ketika Wolfsburg menumpaskan Bayern Munich dalam perlawanan DFL-Supercup 2015 pada 1 Ogos dengan menyudahkan tendangan penalti ketika penentuan penalti antara kedua-dua pasukan bagi menentukan kemenangan setelah terikat seri 1–1.[41]

Pada 28 Ogos 2015, beliau berjaya menghasilkan gol pertamanya pada musim ini ketika menentang Schalke yang berkesudahan Wolfsburg menang 3–0.[42] Beliau seterusnya menyudahkan tendangan penalti ketika pasukannya tewas 2–1 kepada Borussia Dortmund pada 5 Disember.[43]

Pada 6 April 2016, Wolfsburg menyambut Real Madrid sebagai undangan bagi menghadapi aksi pertama peringkat suku akhir Liga Juara-Juara. Rodríguez menjaringkan gol menerusi tendangan penalti bagi memastikan kemenangan mengejutkan untuk Wolfsburg dengan skor 2–0. Beliau merupakan pemain pertama untuk menewaskan Keylor Navas setelah 738 minit penjaga gol Real itu tidak dibolosi.[44]

Musim 2016–17

Pada 20 Ogos 2016, Rodríguez beraksi dalam perlawanan sulungnya ketika menentang FSV Frankfurt dalam aksi DFB-Pokal. Beliau juga beraksi dalam perlawanan pembukaan Bundesliga bahkan menjaringkan gol menerusi sepakan percuma ketika menentang Augsburg.[45]

Pada Januari 2017, Rodríguez menjadi sasaran Inter Milan dan bersetuju untuk berpindah tetapi kelab Itali tersebut menolak untuk membayaran kos perpindahan yang tinggi yang memerlukan klausa pelepasan sebanyak £18.5 juta.[46]

Milan

Pada 8 Jun 2017, Rodríguez diumumkan akan menyertai kelab Serie A, A.C. Milan dengan menandatangani kontrak selama empat tahun.[47] Perpindahan tersebut dilaporkan menelan kos sebanyak €15 juta bersama €2 juta bonus.[48] Beliau memilih untuk menyarung jersi bernombor 68 sebagai peringatan kepada tahun lahir ibunya.

Beliau beraksi dalam perlawanan rasmi pertamanya untuk Milan dalam aksi kelayakan Liga Europa menentang CS U Craiova pada 27 Julai. Malahan dalam perlawanan itu juga, beliau menjaringkan gol menerusi sepakan percuma.[49] Rodríguez melakukan penampilan sulungnya di Serie A ketika pasukannya menewaskan Crotone 3-0 pada 21 Ogos.[50] Beliau menjaringkan gol pertamanya dalam aksi Serie A menerusi sepakan penalti ketika menewaskan SPAL 2-0 pada 20 September.[51] Pada 15 Oktober semasa aksi Derby della Madonnina, beliau menyebabkan pasukan Inter diberi penalti pada lewat permainan dan memberi peluang kepada Mauro Icardi untuk melengkapkan hatriknya bagi memastikan kemenangan Inter dengan skor 3–2. Walaupun beliau menjadi pemain utama Milan, beliau gagal untuk menunjukkan kelebihan seperti apa yang diharapkan ke atasnya apabila Milan terlepas slot ke Liga Juara-Juara. Paling terkini apabila Milan terlepas tiket ke kejohanan itu pada tahun 2019 apabila Atalanta berjaya untuk layak buat pertama kali dalam sejarahnya.[52]

Rujukan

WikiPedia: Ricardo_Rodríguez http://www.dbfcz.ch/spieler.php?spieler_id=4582 http://bleacherreport.com/articles/1856748-scoutin... http://www.bundesliga.com/en/bundesliga-tv/inc/vid... http://www.bundesliga.com/en/liga/news/2012/000021... http://www.bundesliga.com/en/liga/news/2014/000030... http://www.espnfc.com/club/ac-milan/103/blog/post/... http://www.espnfc.com/german-bundesliga/story/2048... http://www.espnfc.com/story/2118273/wolfsburg-open... http://www.espnfc.com/story/3140623/ricardo-rodrig... http://www.fifadata.com/document/fwc/2014/pdf/fwc_...